Sunday, June 2, 2013

ANAK BONGSU = COMPLICATED ? ._.

okay , topik hari ni . ANAK BONGSU . selalu orang kata anak bongsu ni manja , mengada , asyik nak menang , pendek kata dia je lah yang betul . TAPI , panjang kata pulak , kalau kena cara kita nak handle anak bongsu ni , kerenah diorang la yang akan buat kita mengilai sakit perut terbahak-bahak . tak caye ? haa sini nak bagitahu .

SAYA ANAK NOMBOR SEPULUH ! heeee :D

anak bongsu ni sesuai la dengan perkataan manja tu . ada yang manja dia nampak jelas , ada yang manja dia terselit sorok-sorok sikit . haaa ni spesis aku laa , konon nak blagak tak manja . kehkeh tapi bila kena orangnya , minta maaflah , yang asek dok cover manja ni akan transform jadi SANGAT MANJA . pun macam aku jugak . well tuan blog ni anak manja . hahaha :P



okay , bila merajuk . ada dua keadaan ; merajuk sebab salah orang , merajuk sebab salah sendiri .
merajuk sebab salah orang . kalau orang buat salah , biasanya anak manja @ bongsu ni tak marah lama pun . boleh jadi lepas tiga empat jam dah okay . cumanya ego tinggi . manja kan . sekali orang pujuk dia jual mahal la konon , saja nak orang pujuk lagi . si pemujuk pulak memang kena jadi saaaaaangat penyabar . anak manja memang suka test kesabaran orang . at last , bila dia sendiri dah rindu kat si pemujuk tu , or dia nak something dari pemujuk tu , dia sendiri akan cari pemujuk tu dan blagak biasa macam tak penah gaduh . contoh ; anak merajuk ngan mak nak makan satay tak dapat , bila mak dia buat cucur fav dia , dia terus keluar dan makan dan buat bodo je . hahaha tak ke comel tu ? kihkih dia buat bodo sebab malu lama sangat merajuk

yang kes merajuk salah sendiri pulak , haaaa ni penat sikit . anak bongsu ni , disebabkan dia manja dan nak dia je yang dimanjakan , dia cakap ikut sedap je lah . kan ke dia je betul ? dia je nak menang .. sebab tu lah dia cakap ikut sedap sampai kadang-kadang dia tersalah cakap , menyesal tapi ego tinggi so taknak ngaku salah , merajukkkkk . nanti bila dah dipujuk banyak kali , dia akan cakap mana ada merajuk . konon nak cover , dalam hati kata , malu sebenarnya hari tu aku yg salah cakap . hahhahahaha aku tau laa aku ada pengalaman . hihih tapi senyapkan je laa , takkan nak ngaku en . 



dah terlanjur cerita , ada laa cik abang tu dia ni kuat sangat merajuk tapinya bila dah lama-lama dia sendiri yang text , "dah aku rindu kau dah , kredit takde , esok aku text" ataupun , "hey kau buat apa ? ni aku nak tanya something ni , tapi aku still merajuk tau" hahahahahaha so cute >.< okay kembali ke topik asal . hehe

kesimpulannya , anak manja ni dia ikut sedap dia . so kita yang menghadapi anak bongsu or anak no 2 yang berperangai macam anak bongsu ni (cik abang sila terasa, XD) , kita tak boleh ambik serius dengan apa yang diorang rajukkan . kadang-kadang gurau diorang pun melebih-lebih , yang tu kena layan je . sabar tu kunci . sampai kadang-kadang tu , kita nak merajuk dengan dia pun tak sempat , baru nak merajuk dia dah tarik muka . haa ni la dia . hahaha

orang kata , kalau suka orang , jangan suruh dia ingat kita , tapi mintak kat Allah supaya dia akan selalu ingat kita . bermakna , kalau kata anak manja ni terlalu keras hati , pujuk dia , tapi jangan desak dia . dia sangat sensitif . dan selalunya yang manja-manja ni suka senyap kalau marah . pastu meroyan ikot style masing-masing . 

so , keep cool and eat ice cream :D Allah kan ada . heeeee :D

*lelambai penuh kemanjaan* :P

No comments:

Post a Comment