Sunday, September 8, 2013

SEKALI LAGI ...... meroyan !

mesti kau tak penah tau makin aku marah kau, makin tebal rindu aku. kenapa macam ni. hm. dah lama tak menjiwang. meh sini mood jiwang aku seru namamuuuuuuu



sekali lagi
aku dengar
kau kata rindu
rupanya cuma igauanku

sekali lagi
aku nampak
kau berjalan ke arahku
tiba-tiba kau hilang
oh kau cuma bayang-bayang

sekali lagi
aku rasa
kau ada di sebelah aku
aku pandang
kosong
hanya perasaan aku

sekali lagi
aku terjaga
kau tiada
aku sabar
menanti sehingga siang
tetap tiada

sekali lagi
kau datang
hati gundah bertukar girang
tiba-tiba aku sedar
itu cuma mimpi
kau sebenarnya tak pernah ada

aku rindu kau la gila - aku (september 2013)
cam geli pulak bila baca balik . lol


*lelambai malas, masih di alam mimpi*

Tuesday, September 3, 2013

Ohh Abam Retissss :O

SIAPAKAH DIA???


okay tajuk hari ni macam pelik en? kikiki. cerita ni pun pelik, macam orang dia. retis kay retisss. peminat everywhere. so bolehla lepas ni kita tubuhkan kelab kipas susah mati ahdan :3 uppssss dah tersebut nama retisss tuuu :P

anyonyo nyomeyy nyee abam retis kita ni hikhik

hum. abam retis kita ni nama dia SYED MUHAMAD DANIAL. sorry kalau salah eja. tapi nama comel acah acah jambu cicah kicap tu AHDAN. kenapa ahdan eh? cam nak marah je bunyi, ahhhhhdan! ekekekek gila meroyan lahh post ni. (sila rujuk description di atas ----> sekadar meroyan) lol. tapi taktau la kenapa aku lagi suka panggil retis ni danial. ntah. macam comel je. danial. danial. danial. k.

motif entri ni? sajeeeee, retis kan. aku la president ahli kelab kipas susah mati abam dandan ni :3 okay hari ni dah masuk hari ketiga incik dandan kita ni dekat umk tapi dengar cerita nak balik yeeee? sudah sudah laa tu jangan la fikir sangat. kate jantannnn. kuat kan? badan ketul ketul lak tu. sementara ada masa ni blaja la elok elok kat sana. gunakan semua peluang yang kau dapat. jangan la asek bersedih je

sedih sangat nanti jadi cemni mata, mata awak tu dahla kecil

kalau aku takpe sebab setiap kali aku sedih + berduka lara + kesakitan hati + terluka luar dan dalam (amboi over kikiki) aku akan transform jadi cantik. cemni haaaa

tantik tan kak tonnnn hihi

fikirlah. kadang-kadang memang kita tak suka. tapi cuba fikir orang lain yang kurang bernasib baik dari kita tu. yang nak blaja tapi tak dapat tawaran ke mana-mana tu. tak kesian ke kat diorang? tak rasa ke kalau kita tak guna rezeki yang Allah swt kasi ni sama macam kufur nikmat? please fikir. janganla keras sangat otak tu. ya kita memang kena ada pendirian yang tetap. tapi dalam sesuatu masa, bila sampai satu tahap, kita kena fikirkan sesuatu di luar jangkaan, sesuatu di luar kotak. tak semua permintaan hati kita turutkan. dan boleh je kita tolak benda yang masuk lam otak kita yang kita tak suka, kenapa tak ubah sikit pendirian tu?

aku dah macam nenek dah haa keje bebel kat kau. danial. apa-apa pun, ingat pesan aku ni dulu. dan sekarang aku nak cakap lagi. kita mintak Allah swt tolong kita, kita pun kena tolong diri sendiri. usaha. Allah swt akan tolong semua hamba Dia dengan niat yang betul. setiap kepahitan ada kemanisan dia. macam entri aku before ni aku ada cakap, kalau kita tak redha dengan ketentuan Allah swt, kita memang takkan nampak hikmah dia. so positifkan otak dulu k.


sayang mak kan? haaa saje je nak bagi bertambah homesick. apa niiii anak mak dah besar panjang lagi tinggi dari mak sedih sedih ni. hilang macho tawuuu (selama ni macho ke pun? puiii *muka sinis*) hahaha joking k jangan nak tacing. aku dah try macam macam dah nak bagi kau boleh normal cam dulu. so please gelak sekarang. hahahaha. nampak la sikit aku berjaya hepikan kau lolololololol

because bamboo are not soo mainstream :3 ekekekek chubby la youuuu

relax kan otak, jangan terlalu fikirkan tekanan dalam kepala otak. nanti sakit lagi macam hari tu kang haa, risau mak kau. kata sayang mak. so jangan la buat mak kau risau. setiap mak ayah nak yang terbaik untuk anak dia. kau fikir cemni, kau ada tak terfikir yang mak and ayah kau pun sedang mengalami perkara yang sama. dalam dunia ni, manusia paling cool mak dan ayah la. sebabnya, diorang tak penah tak risau pasal anak diorang tapi diorang nampak cool watlek je en depan kita. seb baik tak watpeace. hahaha. gelak laaaa aku marah kangggg -..-

aku cuma mampu mendoakan kau dari jauh :'D

jangan gelak tengok gamba tu aku serious! kikikiki aku sendiri tengok pun nak gelak dengan kepci nye lagi lol. k dah nak tido japgi ada lab ngantuk ohh. selamat menjalani hidup yang __________. kau boleh isi sendiri. keputusan kat tangan kau. kalau kau nak gembira, gembiralah datang. kalau nak gembira sedih yang datang, tu maksudnya Allah swt nak kau cari jalan cemana nak convert kesedihan tu jadi kegembiraan. paham kan? dah jangan sedih sedih, senyum :)

*lelambai dari negeri sembilan ke kelantan*

Monday, September 2, 2013

ANAK MANJA .. LAGI ...??? -.-

halo . selamat bertemu kembali dengan prof. ikah . ekekekek . sekali lagi topik anak manja dibincangkan . kenapa lagi ni ? hm seandainya anak manja yang terlalu manja tu terlebih manja , apa yang perlu dilakukan ?
ikut rentak dia , tarik tali , mengalah atau ... apa ??

macam ni ? err -.-

anak manja ni seriously unpredictable . unexpected . un apa lagi ? semua un la . hahah . sebab tu dia ikut keadaan jugak . ada jenis yg mampu disedarkan dengan cara masukkan otak dia dalam mesin basuh . BRAINWASH . gosok pakai berus sabut . alahhh bebel panjang2 sampai dia paham . tapi pada diorang (anak manja) tu pulak , setiap yang diorang buat ada sebab . so bila kita cakap lain dia cakap lain mula la gaduh . merajuk .

mengada punya anak manja ! kang bebel kata tak sayang pulak . adik-adik dan anak-anak sekalian , bersenang hatilah apabila ada mak-mak atau kakak-kakak yang bebelkan korang , itu tandanya diorang sayang korang , care pasal korang , nak yang terbaik untuk korang *gaya ibu penyayang* ace fikir positif sikit . otak tu jangan nak prasangka buruk je . eh , macam kena batang hidung sendiri je --'

+++++++++

sila redha + ikhlas utk nampak hikmah sesuatu kejadian ._.

:D

okayyyy anak-anak manja mak sekalian ? so jangan la manja sangat . eh . no i mean kalau nak manja tu boleh , cuma janganla terlampau . kalau nan aku takpe , ce kalau nan orang yang menyampah nan orang manja ? tak ke cari penyakit tu ? hahaha .

*lelambai gaya makcik*

Sunday, September 1, 2013

HARI NI 1 SEPTEMBER


sebenarnya tajuk kat atas tu takde kaitan pun. ntahlah. tiba-tiba rasa macam rindu abah sangat-sangat. aishh parah ni hari-hari rindu abah. ohh abah, apa kata abah pindah kuala pilah. hahahaha. malam tadi ada la tersembang dengan danial pasal abah. dia buat aku teringat peristiwa awal tahun 2010. sedih pedih tersayat menyayat ohh dahsyatttt T.T aku. buat. abah. nangis. k. bunyi macam derhaka gila. lepas jadi kes tu terus aku dah tak berani + berazam nak jaga hati abah, taknak bagi abah nangis dah. siapa lawan abah dia musuh aku!


ntahlah. aku memang jenis kalau sayang orang, aku sayang betul-betul. susahlaa kiranya nak nampak aku sayang orang tipu-tipu. pastu hari tu masa awal sem, nak daftar. itu kali kedua aku buat abah nangis. aku demam seminggu okay sebab sedih sangat. first aku sedih sebab, KENAPA AKU SAKITKAN HATI ABAH? second, KENAPA ABAH TAK PAHAM ADIK NAK LAGI SEHARI JE KAT RUMAH? third sebab, MUSUH ABAH MUSUH ADIK, SEKARANG ADIK MEMUSUHI DIRI SENDIRI. hmm.



take time jugakla nak baik. sebolehnya lepas ni aku memang betul-betul nak jaga hati abah. haaa ada satu fakta yang orang tak tahu. walaupun aku sayang sangat kat abah, kali pertama aku peluk abah selepas time baby dulu ialah, masa bulan 4 hari tu, sebelum abah pergi umrah. pelik kan? eh sebenarnya takde la pelik mana, sebab family aku memang jarang nak menunjukkan kasih sayang dari segi peluk cium tu, except abang wang, dia mana boleh pergi jauh tak cium pipi mak dulu. hahaha manja punya abang!

bila aku tengok hero-hero yang ada dalam rumah aku, cuma ada dua hero yang melekat kat hati. yang dapat tempat teratas mestilah abah. dia tak penah stress bila aku tanya soalan bodoh. dia tak penah sengaja hampakan aku. dia selalu bawak aku pergi pasar, pekan, beli barang dapur, pegi beli roti canai. pendek kata aku ni macam ngekor je dia. haha. selalu keluar berdua. mak pun tak ikut. dan yang paling penting, dialah lelaki pertama yang menangis masa pujuk aku. abahhhhh adik mintak ampun. adik sayang abah sampai adik mampu nangis je, nak cakap tak boleh. sobs


hero kedua dalam hati aku selepas abah, abang wang yang manja tu. nama mat radhi sedap-sedap jadi awang. hm tapi sedih laa. abang wang dah nak kahwin. lagi 14 hari je dia nak nikah. rasa macammmm nanti dah takde abang sebab abang dah ada wife. eh mengadanya statement kikiki. aku rasa laa kan dia diangkat menjadi hero kedua pun sebab perangai dia macam abah sikit. garang tapi manja. tak boleh lupa betul masa dia nak ajak buat kuih tu, aku dahla senggugut! tiba-tiba ada orang ketuk kat luar, adikkkkk jom la teman aku buat kuih, janganla tidoq je. jomla jomla. HAHA masa tu aku rasa macam, erk. abang wang ke ni? hahaha

dan hero ketiga. bakal menjelma kot tak lama lagi in shaa Allah. aku haraplah. sekarang ni aku taktau la nak kata dah ada ke belum bayangan hero ketiga tu. dan aku harap hero ketiga tu ada perangai abah. harap sangat. ciri-ciri hero ketiga:
- paham aku
- sayang aku
- takkan berahsia apa-apa dengan aku
- takkan menipu aku
- rasa aku adalah heroin terbaik dia
- ada basic agama (sbb aku pun tunggang langgang)
- tak berjanji utk bahagiakan aku tp berusaha utk bahagiakan aku
- sanggup layan kerenah aku (macam abah)
- last one, aku suka laki yg manja! hehe

inilah abahku sayang :3 dan makku. sayang jugak :D hihi

okay, sampai sini je. semoga kita bertemu tak lama lagi HERO KETIGA! :D

*lelambai bulan ogos*