HARI NI 1 SEPTEMBER
sebenarnya tajuk kat atas tu takde kaitan pun. ntahlah. tiba-tiba rasa macam rindu abah sangat-sangat. aishh parah ni hari-hari rindu abah. ohh abah, apa kata abah pindah kuala pilah. hahahaha. malam tadi ada la tersembang dengan danial pasal abah. dia buat aku teringat peristiwa awal tahun 2010. sedih pedih tersayat menyayat ohh dahsyatttt T.T aku. buat. abah. nangis. k. bunyi macam derhaka gila. lepas jadi kes tu terus aku dah tak berani + berazam nak jaga hati abah, taknak bagi abah nangis dah. siapa lawan abah dia musuh aku!
ntahlah. aku memang jenis kalau sayang orang, aku sayang betul-betul. susahlaa kiranya nak nampak aku sayang orang tipu-tipu. pastu hari tu masa awal sem, nak daftar. itu kali kedua aku buat abah nangis. aku demam seminggu okay sebab sedih sangat. first aku sedih sebab, KENAPA AKU SAKITKAN HATI ABAH? second, KENAPA ABAH TAK PAHAM ADIK NAK LAGI SEHARI JE KAT RUMAH? third sebab, MUSUH ABAH MUSUH ADIK, SEKARANG ADIK MEMUSUHI DIRI SENDIRI. hmm.
take time jugakla nak baik. sebolehnya lepas ni aku memang betul-betul nak jaga hati abah. haaa ada satu fakta yang orang tak tahu. walaupun aku sayang sangat kat abah, kali pertama aku peluk abah selepas time baby dulu ialah, masa bulan 4 hari tu, sebelum abah pergi umrah. pelik kan? eh sebenarnya takde la pelik mana, sebab family aku memang jarang nak menunjukkan kasih sayang dari segi peluk cium tu, except abang wang, dia mana boleh pergi jauh tak cium pipi mak dulu. hahaha manja punya abang!
bila aku tengok hero-hero yang ada dalam rumah aku, cuma ada dua hero yang melekat kat hati. yang dapat tempat teratas mestilah abah. dia tak penah stress bila aku tanya soalan bodoh. dia tak penah sengaja hampakan aku. dia selalu bawak aku pergi pasar, pekan, beli barang dapur, pegi beli roti canai. pendek kata aku ni macam ngekor je dia. haha. selalu keluar berdua. mak pun tak ikut. dan yang paling penting, dialah lelaki pertama yang menangis masa pujuk aku. abahhhhh adik mintak ampun. adik sayang abah sampai adik mampu nangis je, nak cakap tak boleh. sobs
hero kedua dalam hati aku selepas abah, abang wang yang manja tu. nama mat radhi sedap-sedap jadi awang. hm tapi sedih laa. abang wang dah nak kahwin. lagi 14 hari je dia nak nikah. rasa macammmm nanti dah takde abang sebab abang dah ada wife. eh mengadanya statement kikiki. aku rasa laa kan dia diangkat menjadi hero kedua pun sebab perangai dia macam abah sikit. garang tapi manja. tak boleh lupa betul masa dia nak ajak buat kuih tu, aku dahla senggugut! tiba-tiba ada orang ketuk kat luar, adikkkkk jom la teman aku buat kuih, janganla tidoq je. jomla jomla. HAHA masa tu aku rasa macam, erk. abang wang ke ni? hahaha
dan hero ketiga. bakal menjelma kot tak lama lagi in shaa Allah. aku haraplah. sekarang ni aku taktau la nak kata dah ada ke belum bayangan hero ketiga tu. dan aku harap hero ketiga tu ada perangai abah. harap sangat. ciri-ciri hero ketiga:
- paham aku
- sayang aku
- takkan berahsia apa-apa dengan aku
- takkan menipu aku
- rasa aku adalah heroin terbaik dia
- ada basic agama (sbb aku pun tunggang langgang)
- tak berjanji utk bahagiakan aku tp berusaha utk bahagiakan aku
- sanggup layan kerenah aku (macam abah)
- last one, aku suka laki yg manja! hehe
inilah abahku sayang :3 dan makku. sayang jugak :D hihi
okay, sampai sini je. semoga kita bertemu tak lama lagi HERO KETIGA! :D
No comments:
Post a Comment