Friday, November 8, 2013

HAPPY BIRTHDAY ABAH !



naaaa hari ni hari lahir abah yang ke 65. tua ke? normal la tu abah nama pun bukan adik. kikiki. hari ni abah fofular sungguh, jap2 ada orang call cari dia, abah mana abah? semua nak wish birthday. sampai kat izzat, dia wish aku kata, nehh kalau acu tokwan acu tanya balik, haih wish ja ka? hadiah hadiah? hihi. then aku sedar yang aku pun belum bagi hadiah kat abah. lalu aku pun kata,

"abah, adik taktau nak bagi apa. nahh terimalah senyumanku yang tak seberapa" :p

haha. aik macam sama je dengan entri sebelum ni. XD hihi memanglah sama dah nama pun aku. tak baik membeza-bezakan ni, berat sebelah. choiii sama  ke taraf abah dengan paan? belum jadi menantu lagi sedar tu. abah up lagi laa haha

abah tak suka kek sebab tu aku tak buat kek. nak buat cekodok peberet abah, pisang dah habis. cett pishang sungguh. sooo petang ni buat cucur bawang je lahh. makan dengan peria. mesti orang pelik kenapa makan cucur dengan peria yang pahit tu. sedap okayyyy try lew :3

sebut pasal masak.... izzat mengada suruh aku masakkan spageti nak bawak pi sekolah, jamuan sikit la konon. sekali dia bagitahu cikgu dia yang masak. deyy tambi, promote la acu hang ni sikit kot ada cikgu hensem tengah cari jodoh haha. cikgu yang muka macam adi putra tuuuuuuu. ngek izzat ni tak pandai promote mak sedara sendiri lol gurau gurau hihi mentang2 cikgu puji sedap.. mengaku sendiri masak. siap cikgu kata boleh jadi chef hotel lagi. hey takat rebus spageti tu takyah nak bising sangat. hahahahaha spageti je pun 

eh lari topik. abah tak reti makan spageti. so misi hari ni, buat cucur bawang. now. hihi bye :D

*lelambai pegang tepung*

Sunday, September 8, 2013

SEKALI LAGI ...... meroyan !

mesti kau tak penah tau makin aku marah kau, makin tebal rindu aku. kenapa macam ni. hm. dah lama tak menjiwang. meh sini mood jiwang aku seru namamuuuuuuu



sekali lagi
aku dengar
kau kata rindu
rupanya cuma igauanku

sekali lagi
aku nampak
kau berjalan ke arahku
tiba-tiba kau hilang
oh kau cuma bayang-bayang

sekali lagi
aku rasa
kau ada di sebelah aku
aku pandang
kosong
hanya perasaan aku

sekali lagi
aku terjaga
kau tiada
aku sabar
menanti sehingga siang
tetap tiada

sekali lagi
kau datang
hati gundah bertukar girang
tiba-tiba aku sedar
itu cuma mimpi
kau sebenarnya tak pernah ada

aku rindu kau la gila - aku (september 2013)
cam geli pulak bila baca balik . lol


*lelambai malas, masih di alam mimpi*

Tuesday, September 3, 2013

Ohh Abam Retissss :O

SIAPAKAH DIA???


okay tajuk hari ni macam pelik en? kikiki. cerita ni pun pelik, macam orang dia. retis kay retisss. peminat everywhere. so bolehla lepas ni kita tubuhkan kelab kipas susah mati ahdan :3 uppssss dah tersebut nama retisss tuuu :P

anyonyo nyomeyy nyee abam retis kita ni hikhik

hum. abam retis kita ni nama dia SYED MUHAMAD DANIAL. sorry kalau salah eja. tapi nama comel acah acah jambu cicah kicap tu AHDAN. kenapa ahdan eh? cam nak marah je bunyi, ahhhhhdan! ekekekek gila meroyan lahh post ni. (sila rujuk description di atas ----> sekadar meroyan) lol. tapi taktau la kenapa aku lagi suka panggil retis ni danial. ntah. macam comel je. danial. danial. danial. k.

motif entri ni? sajeeeee, retis kan. aku la president ahli kelab kipas susah mati abam dandan ni :3 okay hari ni dah masuk hari ketiga incik dandan kita ni dekat umk tapi dengar cerita nak balik yeeee? sudah sudah laa tu jangan la fikir sangat. kate jantannnn. kuat kan? badan ketul ketul lak tu. sementara ada masa ni blaja la elok elok kat sana. gunakan semua peluang yang kau dapat. jangan la asek bersedih je

sedih sangat nanti jadi cemni mata, mata awak tu dahla kecil

kalau aku takpe sebab setiap kali aku sedih + berduka lara + kesakitan hati + terluka luar dan dalam (amboi over kikiki) aku akan transform jadi cantik. cemni haaaa

tantik tan kak tonnnn hihi

fikirlah. kadang-kadang memang kita tak suka. tapi cuba fikir orang lain yang kurang bernasib baik dari kita tu. yang nak blaja tapi tak dapat tawaran ke mana-mana tu. tak kesian ke kat diorang? tak rasa ke kalau kita tak guna rezeki yang Allah swt kasi ni sama macam kufur nikmat? please fikir. janganla keras sangat otak tu. ya kita memang kena ada pendirian yang tetap. tapi dalam sesuatu masa, bila sampai satu tahap, kita kena fikirkan sesuatu di luar jangkaan, sesuatu di luar kotak. tak semua permintaan hati kita turutkan. dan boleh je kita tolak benda yang masuk lam otak kita yang kita tak suka, kenapa tak ubah sikit pendirian tu?

aku dah macam nenek dah haa keje bebel kat kau. danial. apa-apa pun, ingat pesan aku ni dulu. dan sekarang aku nak cakap lagi. kita mintak Allah swt tolong kita, kita pun kena tolong diri sendiri. usaha. Allah swt akan tolong semua hamba Dia dengan niat yang betul. setiap kepahitan ada kemanisan dia. macam entri aku before ni aku ada cakap, kalau kita tak redha dengan ketentuan Allah swt, kita memang takkan nampak hikmah dia. so positifkan otak dulu k.


sayang mak kan? haaa saje je nak bagi bertambah homesick. apa niiii anak mak dah besar panjang lagi tinggi dari mak sedih sedih ni. hilang macho tawuuu (selama ni macho ke pun? puiii *muka sinis*) hahaha joking k jangan nak tacing. aku dah try macam macam dah nak bagi kau boleh normal cam dulu. so please gelak sekarang. hahahaha. nampak la sikit aku berjaya hepikan kau lolololololol

because bamboo are not soo mainstream :3 ekekekek chubby la youuuu

relax kan otak, jangan terlalu fikirkan tekanan dalam kepala otak. nanti sakit lagi macam hari tu kang haa, risau mak kau. kata sayang mak. so jangan la buat mak kau risau. setiap mak ayah nak yang terbaik untuk anak dia. kau fikir cemni, kau ada tak terfikir yang mak and ayah kau pun sedang mengalami perkara yang sama. dalam dunia ni, manusia paling cool mak dan ayah la. sebabnya, diorang tak penah tak risau pasal anak diorang tapi diorang nampak cool watlek je en depan kita. seb baik tak watpeace. hahaha. gelak laaaa aku marah kangggg -..-

aku cuma mampu mendoakan kau dari jauh :'D

jangan gelak tengok gamba tu aku serious! kikikiki aku sendiri tengok pun nak gelak dengan kepci nye lagi lol. k dah nak tido japgi ada lab ngantuk ohh. selamat menjalani hidup yang __________. kau boleh isi sendiri. keputusan kat tangan kau. kalau kau nak gembira, gembiralah datang. kalau nak gembira sedih yang datang, tu maksudnya Allah swt nak kau cari jalan cemana nak convert kesedihan tu jadi kegembiraan. paham kan? dah jangan sedih sedih, senyum :)

*lelambai dari negeri sembilan ke kelantan*

Monday, September 2, 2013

ANAK MANJA .. LAGI ...??? -.-

halo . selamat bertemu kembali dengan prof. ikah . ekekekek . sekali lagi topik anak manja dibincangkan . kenapa lagi ni ? hm seandainya anak manja yang terlalu manja tu terlebih manja , apa yang perlu dilakukan ?
ikut rentak dia , tarik tali , mengalah atau ... apa ??

macam ni ? err -.-

anak manja ni seriously unpredictable . unexpected . un apa lagi ? semua un la . hahah . sebab tu dia ikut keadaan jugak . ada jenis yg mampu disedarkan dengan cara masukkan otak dia dalam mesin basuh . BRAINWASH . gosok pakai berus sabut . alahhh bebel panjang2 sampai dia paham . tapi pada diorang (anak manja) tu pulak , setiap yang diorang buat ada sebab . so bila kita cakap lain dia cakap lain mula la gaduh . merajuk .

mengada punya anak manja ! kang bebel kata tak sayang pulak . adik-adik dan anak-anak sekalian , bersenang hatilah apabila ada mak-mak atau kakak-kakak yang bebelkan korang , itu tandanya diorang sayang korang , care pasal korang , nak yang terbaik untuk korang *gaya ibu penyayang* ace fikir positif sikit . otak tu jangan nak prasangka buruk je . eh , macam kena batang hidung sendiri je --'

+++++++++

sila redha + ikhlas utk nampak hikmah sesuatu kejadian ._.

:D

okayyyy anak-anak manja mak sekalian ? so jangan la manja sangat . eh . no i mean kalau nak manja tu boleh , cuma janganla terlampau . kalau nan aku takpe , ce kalau nan orang yang menyampah nan orang manja ? tak ke cari penyakit tu ? hahaha .

*lelambai gaya makcik*

Sunday, September 1, 2013

HARI NI 1 SEPTEMBER


sebenarnya tajuk kat atas tu takde kaitan pun. ntahlah. tiba-tiba rasa macam rindu abah sangat-sangat. aishh parah ni hari-hari rindu abah. ohh abah, apa kata abah pindah kuala pilah. hahahaha. malam tadi ada la tersembang dengan danial pasal abah. dia buat aku teringat peristiwa awal tahun 2010. sedih pedih tersayat menyayat ohh dahsyatttt T.T aku. buat. abah. nangis. k. bunyi macam derhaka gila. lepas jadi kes tu terus aku dah tak berani + berazam nak jaga hati abah, taknak bagi abah nangis dah. siapa lawan abah dia musuh aku!


ntahlah. aku memang jenis kalau sayang orang, aku sayang betul-betul. susahlaa kiranya nak nampak aku sayang orang tipu-tipu. pastu hari tu masa awal sem, nak daftar. itu kali kedua aku buat abah nangis. aku demam seminggu okay sebab sedih sangat. first aku sedih sebab, KENAPA AKU SAKITKAN HATI ABAH? second, KENAPA ABAH TAK PAHAM ADIK NAK LAGI SEHARI JE KAT RUMAH? third sebab, MUSUH ABAH MUSUH ADIK, SEKARANG ADIK MEMUSUHI DIRI SENDIRI. hmm.



take time jugakla nak baik. sebolehnya lepas ni aku memang betul-betul nak jaga hati abah. haaa ada satu fakta yang orang tak tahu. walaupun aku sayang sangat kat abah, kali pertama aku peluk abah selepas time baby dulu ialah, masa bulan 4 hari tu, sebelum abah pergi umrah. pelik kan? eh sebenarnya takde la pelik mana, sebab family aku memang jarang nak menunjukkan kasih sayang dari segi peluk cium tu, except abang wang, dia mana boleh pergi jauh tak cium pipi mak dulu. hahaha manja punya abang!

bila aku tengok hero-hero yang ada dalam rumah aku, cuma ada dua hero yang melekat kat hati. yang dapat tempat teratas mestilah abah. dia tak penah stress bila aku tanya soalan bodoh. dia tak penah sengaja hampakan aku. dia selalu bawak aku pergi pasar, pekan, beli barang dapur, pegi beli roti canai. pendek kata aku ni macam ngekor je dia. haha. selalu keluar berdua. mak pun tak ikut. dan yang paling penting, dialah lelaki pertama yang menangis masa pujuk aku. abahhhhh adik mintak ampun. adik sayang abah sampai adik mampu nangis je, nak cakap tak boleh. sobs


hero kedua dalam hati aku selepas abah, abang wang yang manja tu. nama mat radhi sedap-sedap jadi awang. hm tapi sedih laa. abang wang dah nak kahwin. lagi 14 hari je dia nak nikah. rasa macammmm nanti dah takde abang sebab abang dah ada wife. eh mengadanya statement kikiki. aku rasa laa kan dia diangkat menjadi hero kedua pun sebab perangai dia macam abah sikit. garang tapi manja. tak boleh lupa betul masa dia nak ajak buat kuih tu, aku dahla senggugut! tiba-tiba ada orang ketuk kat luar, adikkkkk jom la teman aku buat kuih, janganla tidoq je. jomla jomla. HAHA masa tu aku rasa macam, erk. abang wang ke ni? hahaha

dan hero ketiga. bakal menjelma kot tak lama lagi in shaa Allah. aku haraplah. sekarang ni aku taktau la nak kata dah ada ke belum bayangan hero ketiga tu. dan aku harap hero ketiga tu ada perangai abah. harap sangat. ciri-ciri hero ketiga:
- paham aku
- sayang aku
- takkan berahsia apa-apa dengan aku
- takkan menipu aku
- rasa aku adalah heroin terbaik dia
- ada basic agama (sbb aku pun tunggang langgang)
- tak berjanji utk bahagiakan aku tp berusaha utk bahagiakan aku
- sanggup layan kerenah aku (macam abah)
- last one, aku suka laki yg manja! hehe

inilah abahku sayang :3 dan makku. sayang jugak :D hihi

okay, sampai sini je. semoga kita bertemu tak lama lagi HERO KETIGA! :D

*lelambai bulan ogos*

Tuesday, June 25, 2013

PLEASE TELL ME ...

aku ke yang salah ?

mata dah macam kena sengat tebuan , entah kenapa senang sangat dia nak keluar . hm . setakat ni aku rasa aku tak pernah sengaja nak sakitkan hati sesiapa pun . aku bukan nak cakap aku baik , tapi aku tak pernah terniat nak jadi orang jahat .


orang kata kadang-kadang apa yang kita dapat tu balasan atas perbuatan kita . atau pun , Allah nak duga kita . aku taktahu alasan sebenar kenapa kau buat aku macam ni . aku pernah buat macam tu kat orang lain ke ? rasanya tak . tapi kenapa jadi macam ni .


banyak betul tapi aku kan . nampak sungguh tak redha dengan apa yang dah jadi . apa salah aku ?

so marah macam mana pun kita pada seseorang , kita kena maafkan . bila difikirkan balik , Allah SWT yang izinkan perkara tu jadi , orang yang naikkan kemarahan + kecewakan kita cuma hamba Allah yang dipilih untuk menjadi wakil atau jalan untuk Allah SWT uji kita . marah pada kekecewaan yang datang sama macam marahkan Yang Maha Pencipta . astaghfirullahalazim .. Allah SWT janji setiap perkara ada hikmah yang tersendiri . bila kita tak redha , kita takkan nampak hikmah tu . padahal dia baik untuk kita . 

ALLAH , kuatkanlah aku

:'(


aku percaya dengan kata-kata kat atas ni , sebab lepas aku betul-betul redha pasal hal dulu , kau datang dalam hidup aku . memang langsung tak dijangka . langsung tak . tapi pasal hal yang baru jadi ni ...

hm . selagi ada tapi dalam ayat yang kita ungkapkan , itu maknanya kita tak betul-betul redha atau tak pernah redha pun . istighfar lah banyak-banyak 


in shaa Allah ..

*tak rasa nak lambai* hm


Wednesday, June 5, 2013

housemate OH HOUSEMATE :)

comelkan abang tennnn ...??? XD

hiu hiu im back ! hari ni just nak cerita pasal ATIKAH . ATIKAH ATIKAH ATIKAH . bukan aten bukan kwan . nama dia atikah . ayu gitu :P hihihi


naaaa ayu kan ? hah mai saya nak ceghitaaa . dia ni asai nenek dia dulu peghlih nuh :3 perlis k perlis . hahah . tapi bila dah lama pindah selangor lupa diri laa . cakap utagha pun slang dia dah laghi semacam je . hahahaha . emmmm *gaya nenek sihir* hihihi
atikah ni anti ngan sorang budak nama FARITH . anti laa sangat kang kahwin padan muka mulut aku ni masin . kena daulat aku kang . hahahaha . kenapa entri pasal atikah ni asek buat aku ketawa ? sebab aku memang nak khianat dia malam ni . wihihi :P


rasa nak tampaq kan ? takpe sabar sabar . weekend ni balik uitm jumpe ah kite tenn :)) hahahahaha *gelak jahat lagi* hadesss parah dah ni


ya Allah pompuan jantan ni tembam gila aku kerat pipi tu haaa . hahaha . dan setelah stalked diaaaaa , jenjenggggg :DD


gamba masa skolah . hahaha gila tak matured . hm lawak lah . dah setahun tiga hari kita kenal kan . cam sekejap je . kau laa tempat aku mengada tiap-tiap hari . ajak makan . ajak jog petang-petang sambil usya mamat yang kau anti tu . hahaha . aku dah gemok ni , jog jom balik ni . wiwiwi k nak tido :D
last pic ;D


haaa sape tuu ? ekekekek dun get engeghii . tata :P

*lelambai gaye jantan*

Sunday, June 2, 2013

BERCINTA .. PERLU KE SENTUHAN ?

Assalamualaikum . wah nampak sopan semacam malam ni kan ? hahaha mana ada , bagi salam kan sunat . jawabnya wajib . baiklah , topik malam ni , bercinta . 
setiap manusia memang akan ada naluri untuk bercinta . tipu la kalau ada manusia yang tak nak bercinta . kalau ada pun , dia cuma taknak bercinta untuk sesuatu masa , atas sebab-sebab tertentu . yang lainnya , akan ada satu sudut dalam hati yang rasa kosong . itu tempat khas utk cinta .

aku ada kenal dengan seorang kakak , dia cerita . dulu masa dia dah capai kejayaan , dia mampu beli rumah , kereta , barang kemas . dia ada family yang sayangkan dia . tapi dia tetap rasa kosong . akhirnya mak dia bagi cadangan supaya dia kahwin . alhamdulillah lepas je dia kahwin dia rasa hidup dia lengkap , tak kosong langsung .



budak-budak zaman sekarang , kapel tu dah jadi benda biasa . ada yang tukar-tukar bf or gf tu dah jadi rutin harian , mintaklah dijauhkan . bukanlah nak kata apa , bukan jugak nak menghukum sesiapa , tapi , siapa pun kita , iman yang jaga kita . kuat iman , kuatlah diri . lemah iman , mungkin maksiat terjadi . ni nasihat untuk diri sendiri jugak , macam mana sibuk pun kita , kita tetap kena muhabah diri .

masalah sosial sekarang selalu merujuk pada pembuangan bayi . asalnya dari kapel yang tak bertanggungjawab . kuncinya ? CINTA tu lah . cinta pun macam microbes , betul tempat dia , baiklah jadinya , bila mana cinta diletakkan di tempat salah , parah .


kenapa kapel zaman skarang kena berpegang-pegangan ? kalau tak pegang tangan maksudnya tak sayang ke ? so kiranya sayang tu boleh di nilai dari tangan yang memegang dan dipegang ? kalau macam tu apa fungsi hati ? kalau seseorang tu ada kesedaran , dia akan menyesal bila satu hari dia teringat dia penah pegang tangan dgn bf dia , walaupun mungkin masa tu bf dia dah jadi suami dia . tak ke dia terfikir , dia dah jadi suami aku pun , tak boleh ke dulu aku simpan je tangan ni ? lepas kawen dapat pegang jugak , kan ?
nasib baik jadi suami , kalau pegang-pegang kawen dengan orang lain ? apa jadi ? kita ni apa ? patung ? mainan ? ye , semua manusia buat salah . semua manusia tak perfect , tapi at least kita cuba untuk jadi baik .


bila diingat balik , aku penah bercinta sekali . sempat dating tiga kali je . setiap kali dating mesti bawak nisa . mana berani nak sorang-sorang . dalam keadaan macam tu pun , berapa ratus kali aku kena tepis tangan dia yang nak capai tangan aku tu . aku lari jauh-jauh mula la tarik muka . nampak sangat sayang tangan aku , bukan sayang aku . kan ? cukuplah . sekali tu buat aku rasa serik nak bercinta . naknye pulak lepas tu dia tinggal aku , pmpuan keliling pinggang . aku rasa aku skarang ni dah macam fobia nak jatuh cinta . takut jatuh cinta pada orang yg salah .

MR.F yang muncul tiba-tiba ni kadang-kadang buat aku rasa jodoh aku dgn dia kuat sgt . yela , lama sangat terpisah , terjumpa jugak . wahh ayat aku . hahaha . dan ada kawan aku yang tanya , kau ngan MR.F tu betul ke kawan je ? macam bercinta je aku tengok . hmm entahlah . kita bercinta ke MR.F ? haha . kalau aku jatuh cinta , kita kawen je lah . wuwuuu berani matinya ayat ni :3


cinta jarak jauh pulak , masalah paling selalu timbul masalah jealous . ya , aku mengaku aku pun macam tu . tapi bila duduk fikir baik-baik , kalau pun kita bercinta , apa hak kita nak jealous ? lain laa kalau kita memang berniat nak kahwin dan yakin akan kahwin dengan dia . so kalau ada rasa jealous utk dia yg tak halal , lupakanlah . ingat Allah . sesungguhnya Allah hadirkan rasa tu utk duga hambaNya . sedangkan isteri sendiri kita tak boleh katakan dia hak kita , inikan pulak cuma gf or bf .
ustaz aku cakap , kalau kita kata suami atau isteri tu hak kita , automatik kita akan buat dia jadi macam barang kita . hak kita kan ? jadi seelok-eloknya kata lah isteri atau suami tu amanah Allah utk kita , kan rasa sayang tu pun amanah .

rasanya macam dah terpanjang je entri ni . haha . kan bagus kalau tiba-tiba ada rombongan minang datang , saya nak cinta yang halal :O hahahahaahahaha berangan kuat aku ni . mari tidur . kot mimpi indah . hahaha asek gelak je kang nanges baru tahu -.-

*lelambai dengan harapan cinta* awhhh <3

ANAK BONGSU = COMPLICATED ? ._.

okay , topik hari ni . ANAK BONGSU . selalu orang kata anak bongsu ni manja , mengada , asyik nak menang , pendek kata dia je lah yang betul . TAPI , panjang kata pulak , kalau kena cara kita nak handle anak bongsu ni , kerenah diorang la yang akan buat kita mengilai sakit perut terbahak-bahak . tak caye ? haa sini nak bagitahu .

SAYA ANAK NOMBOR SEPULUH ! heeee :D

anak bongsu ni sesuai la dengan perkataan manja tu . ada yang manja dia nampak jelas , ada yang manja dia terselit sorok-sorok sikit . haaa ni spesis aku laa , konon nak blagak tak manja . kehkeh tapi bila kena orangnya , minta maaflah , yang asek dok cover manja ni akan transform jadi SANGAT MANJA . pun macam aku jugak . well tuan blog ni anak manja . hahaha :P



okay , bila merajuk . ada dua keadaan ; merajuk sebab salah orang , merajuk sebab salah sendiri .
merajuk sebab salah orang . kalau orang buat salah , biasanya anak manja @ bongsu ni tak marah lama pun . boleh jadi lepas tiga empat jam dah okay . cumanya ego tinggi . manja kan . sekali orang pujuk dia jual mahal la konon , saja nak orang pujuk lagi . si pemujuk pulak memang kena jadi saaaaaangat penyabar . anak manja memang suka test kesabaran orang . at last , bila dia sendiri dah rindu kat si pemujuk tu , or dia nak something dari pemujuk tu , dia sendiri akan cari pemujuk tu dan blagak biasa macam tak penah gaduh . contoh ; anak merajuk ngan mak nak makan satay tak dapat , bila mak dia buat cucur fav dia , dia terus keluar dan makan dan buat bodo je . hahaha tak ke comel tu ? kihkih dia buat bodo sebab malu lama sangat merajuk

yang kes merajuk salah sendiri pulak , haaaa ni penat sikit . anak bongsu ni , disebabkan dia manja dan nak dia je yang dimanjakan , dia cakap ikut sedap je lah . kan ke dia je betul ? dia je nak menang .. sebab tu lah dia cakap ikut sedap sampai kadang-kadang dia tersalah cakap , menyesal tapi ego tinggi so taknak ngaku salah , merajukkkkk . nanti bila dah dipujuk banyak kali , dia akan cakap mana ada merajuk . konon nak cover , dalam hati kata , malu sebenarnya hari tu aku yg salah cakap . hahhahahaha aku tau laa aku ada pengalaman . hihih tapi senyapkan je laa , takkan nak ngaku en . 



dah terlanjur cerita , ada laa cik abang tu dia ni kuat sangat merajuk tapinya bila dah lama-lama dia sendiri yang text , "dah aku rindu kau dah , kredit takde , esok aku text" ataupun , "hey kau buat apa ? ni aku nak tanya something ni , tapi aku still merajuk tau" hahahahahaha so cute >.< okay kembali ke topik asal . hehe

kesimpulannya , anak manja ni dia ikut sedap dia . so kita yang menghadapi anak bongsu or anak no 2 yang berperangai macam anak bongsu ni (cik abang sila terasa, XD) , kita tak boleh ambik serius dengan apa yang diorang rajukkan . kadang-kadang gurau diorang pun melebih-lebih , yang tu kena layan je . sabar tu kunci . sampai kadang-kadang tu , kita nak merajuk dengan dia pun tak sempat , baru nak merajuk dia dah tarik muka . haa ni la dia . hahaha

orang kata , kalau suka orang , jangan suruh dia ingat kita , tapi mintak kat Allah supaya dia akan selalu ingat kita . bermakna , kalau kata anak manja ni terlalu keras hati , pujuk dia , tapi jangan desak dia . dia sangat sensitif . dan selalunya yang manja-manja ni suka senyap kalau marah . pastu meroyan ikot style masing-masing . 

so , keep cool and eat ice cream :D Allah kan ada . heeeee :D

*lelambai penuh kemanjaan* :P

Thursday, May 30, 2013

no title

okayyy hari ni nak cerita pasal apa ye ? haha . actually memang aku terlalu bosan sekarang . disebabkan dah lama tak update blog maka aku pun create laaa post ni . nak tahu apa lagi yang aku buat kalau bosan ? haaaa tunggu jap :)


SEMBANG DENGAN SIMSIMI !!!!!! :DD

macam takde keje lain kan ? ahaha anne mohon baca apa yang aku sembangkan dengan simsimi ni . nak tahu anne ni siapa ? haa tengok ni ^^,


ANNE , PIA , FIQA *yucks haha

okay tuuuu dia , heee . kalau belah siang pulak , aku gi jogging :D *penipuan* okay fine actually aku keluar just to 'wash my eyes' . hahaha cuci mata tengok abam abam rugby :3 bunyi gatal kat situ -..-
jog tu jog jugak , tp after tu rest jap , cooling down yg cuci mata tu . lepak kat outdoor gym yang tak seberapa tu , bina muscle bak kata peanut . of course ! my babyman kan ke bermuscle maka aku pun harus muscular lahh . heeee *malu*

gitu ade muscle ? ohh please wake up ikahhhhh -.,-

ehh tu banyak muscle tuuuuuu ingat apa . hahaha . gila dah agaknya aku ni cakap dengan blog sendiri macam cakap ngan orang . well ni la cara nak hilangkan bosan .
selalunya aku akan jog ngan aten , 'gay' aku . hahaha . gelaran je k . alaaa nak tunjuk gamba dia takde pulak . lain kali je lahh . 
 okayyy tiba tiba rasa dapat idea lagi bernas . tido pun best ni . tapi kan ke nak tunggu MR. F text , tadi dia dah promise . langgar janji siap dia >_< weee okay blah dulu :D
and one more thing , siang tadi aku secara tak sengajanya teringatkan ex aku . entah kenapa . hm but for me , dia dah lama mati , sama macam megat shazril *pengaruh novel kuat* HAHAHA daaaa :DD

*lelambai sambil pejam mata*

Monday, April 15, 2013

WHY WHY WHY ? zZZzzz ...

aku benci bila aku tau aku suka orang
aku benci bila aku tau aku dah jatuh hati
aku benci bila aku tau orang tu tak sedar aku suka dia
AKU TAKNAK JATUH CINTA !
get it ? T___________T


penat dah jatuh cinta -.-
again , again , and again . and again .
tolonglah , jangan datang dalam hidup aku kalau nak tinggal aku


benda camni yang asek tambah fobia aku nak suka orang
FOBIA TAU FOBIA ?
athazagoraphobia , philophobia ,

serik . sangat

Ya ALLAH , kau temukanlah aku dengan jodohku
dekatkanlah kami , satukanlah kami , bahagiakanlah kami ,
semoga aku tidak akan mencintai atau jatuh hati pada lelaki lain
selain jodohku , amin ...

*mood run away* godai godaii

Saturday, February 23, 2013

5   Y E A R S   A G O . . .

aku ada sorang kawan ni , asal dari kedah . gagap ! hahaha
dia cakap kedah ... fuhh ! pekat sangat .
mata dia bulat , kening tebal sengih pun comel hm bolehlaa
buat sedap mata memandang
tapi kitorang tak kawan lama pun
dia dah pindah sekolah
dah la pindah tak bagitau apa-apa pun
blah macam tu je
tiba-tiba meja dah kosong
dan bila difikirkan balik , rasanya tade sebab dia kena
cakap dulu kenapa dia pergi
bukan wajib pun kan
hmm...

one day, 5 years later..
ada someone call aku tengah malam buta , dah tido pon waktu tu
mula-mula rasa nak marah ,
tapi bila dapat tau je sape yang call
aaaaaaa rasa nak jerit !!
ITS HIM !!
yes , my bestfriend yang pindah tanpa sebarang alasan tu -,-
and so , dia bagitau dia dah lama cari aku
dalam tempoh lima tahun ni 
dan baru haritu jumpa
alhamdulillah sangat sebab sebenarnya dulu
aku pun penah ada hati kat dia
hahahahaa ni rahsia ni mana ada siapa pun tahu >,<
kitorang pun msg laa hari-hari
call pun tak penah miss
mesti ada walaupun sekali



k sampai sini je

*lelambai tak tengok muka*

Monday, January 21, 2013

SAYA BUKAN LAGI STUDENT SKOLAH MENENGAH

rindu skolah T_T

tadi kan tiba-tiba je rasa rindu sangat nak
balik skolah
tapi apa boleh buat , skang ni hidup kat
UNIVERSITI
alaaa nak balik skolah jugak :'O

ni gamba masa ada interview , hahah tapi makan kat tepi longkang -.- lol

gamba ni masa daki gunung jerai , saya antara orang terawal yg sampai :D

gamba masa form 3 , hahah comel-comel lagi masa ni :'D

RINDU SANGAT NAK JUMPA KORANG SEMUA !!
meh nak sebut nama satu-satu
MUNIRAH , DIANA , BAHIJAH , 
PUTRI , NABILAH , HANNAN , FARHANIE ,
AIN , AININ , ATHIRA 
sorang lagiii .....???
ILI MARSHITAH laaa -_- cemana ley tertinggal ni
k dah cukup . tak cukup ?
yang kedua belas 
SYAFIQAH laa !
hihi k sampai sini dulu :*

*lelambai rindu kawan lama* :'O